{"product_id":"tidak-miskin-dengan-sedekah-9789670156057","title":"Tidak Miskin Dengan Sedekah","description":"\u003cp\u003eDalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, diceritakan:\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eApabila Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, kemudian bumi pun menjadi pegun. Para malaikat terhairan-hairan akan penciptaan gunung itu.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eKemudian mereka bertanya,\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAllah menjawab, \"Ada, iaitu besi.\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003ePara malaikat pun kembali bertanya, \"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAllah yang Maha Suci menjawab,\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ada, iaitu api.\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003ePara malaikat bertanya lagi,\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAllah yang Maha Agung menjawab,\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ada, iaitu air.\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?\" tanya para malaikat\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAllah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, \"Ada, iaitu angin.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAkhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, \"Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAllah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab,\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.\"\u003c\/p\u003e","brand":"Kualiti Books","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42977203880102,"sku":"9789670156057","price":17.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/9789670156057_001-page1.jpg?v=1656101625","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/tidak-miskin-dengan-sedekah-9789670156057","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}