{"product_id":"selepas-kamu-9789673651313","title":"Selepas Kamu","description":"\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eAlia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk bernama manusia.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eTengku Azril: “Alia… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…”\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eHaqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eAlia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eTanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang Faris iaitu abang Haqimi sendiri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eDalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"font-weight: 400;\"\u003eTernyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi.\u003c\/p\u003e","brand":"BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42973941694630,"sku":"9789673651313","price":6.9,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/9789673651313.jpg?v=1656049568","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/selepas-kamu-9789673651313","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}