{"product_id":"ragam-kereta-9789831246405","title":"Ragam Kereta","description":"\u003cp\u003eSeperti Manusia, kereta juga mempunyai ragamnya sendiri. Penjagaan yang rapi secara berterusan mampu memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eRamai di kalangan pemilik kereta pada hari ini terutamanya kaum wanita mengabaikan ‘kesihatan’ kenderaan mereka dengan tidak melakukan rutin servis semata-mata mahu berjimat, Lebih malang, ada juga di antara mereka yang tidak sedar betapa pentingnya menjaga kereta bagi mengekalkan prestasinya sekaligus mengurangkan risiko kerosakan yang lebih serius yang hanya lebih merugikan masa dan wang.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eOleh yang demikian, pengguna sesebuah kereta perlu tahu kepada pengenalan kepada sistem. Sistem yang terdapat pada sesebuah kereta adalah Enjin, Brek, Stereng, Suspensi, Transmisi dan Elektrik.Di samping itu juga, peralatan asas pembaikan kereta yang perlu ada antaranya pembuka palam pencucuh, pembuka nuts\/ skru pengikat roda, soket pengunci roda\/rim lock, sepana ‘ open ended’ bersaiz 10 dan 12, pemutar skru dwi mata dan jack, pam angina, pelincir WD-40, pembuka oil filter, segitiga keselamatan, kabel jump\/jumper, Male wrench\/locking wrench \u0026amp; sepana T dalam linkungan saiz 8 hingga 12. Dengan adanya semua peralatan asas ini, kerja pembaikan akan lebih mudah.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eTerdapat pelbagai permasalahan yang biasa berlaku dan perlu diambil tahu oleh pengguna sesebuah kereta. Oleh itu,  di dalam buku ‘ Ragam Kereta’ ini  dinyatakan permasalahan yang sering berlaku untuk pengetahuan pembaca sebagai salah satu cara menangani dan mengatasi agar kos kerosakan kereta dapat dikurangkan.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eDengan panduan-panduan yang diberikan di dalam buku ini, semuanya mampu dilakukan sendiri di rumah sekaligus mengelakkan sebarang kos pembaikan yang tidak perlu. SELAMAT MENCUBA!\u003c\/p\u003e","brand":"BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42973961486502,"sku":"9789831246405","price":2.9,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/9789831246405_001-page1_109263f7-1fc2-4205-827d-987f25f36557.jpg?v=1656049640","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/ragam-kereta-9789831246405","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}