{"product_id":"malay-book-9789831242759","title":"Jalur Sinar Di Celah Daun","description":"\u003cp\u003eDali dan Tijah, dua orang teman remaja yang memulakan alam rumah tangga sebagai peneroka muda sekadar ingin mencari hidup yang sederhana dan bahagia. Tetapi satu kebakaran yang secara mendadak mengheret mereka ke dalam beberapa pancaroba hidup menyebabkan si suami terdampar di penjara dan si isteri tersisih di desa bersama anak yang masih kecil.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eDalam satu rentetan peristiwa yang penuh cemas berbaur kasih, mereka bangun secara sendiri sendiri dan akhirnya berjaya mem bina semula rumah tangga yang hampir musnah. Perjuangan untuk membebaskan diri daripada pen deritaan hidup adalah merupakan agenda mereka. Jika mereka mahu kehidupan yang lebih baik, maka mereka mesti berjuang untuk men dapatkannya.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eDengan bahasa yang mudah dan plot yang tidak berbelit, Zaharah Nawawi berusaha menjalinkan sebuah novel kehidupan ru mah tangga peneroka yang mencabar. Zaharah ternyata ingin meyakinkan kepada pembaca bahawa seorang wanita tetap dapat menjadi ilham utama yang berkesan kepada lelaki dan setiap cabaran hidup sebenarnya dapat cepat memperkaya dan mendewasakan lahir dan batin seseorang.\u003c\/p\u003e","brand":"BooKXcess Sdn.Bhd.","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42973960274086,"sku":"9789831242759","price":0.99,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/9789831242759_1.jpg?v=1656049637","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/malay-book-9789831242759","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}