Spanar Dan Spatula
BX Price:
RM2.90 MYRWe will email you as soon as possible as the product is available again
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM80.00 MYR
SGD 9.99 Flat Rate Shipping To Singapore RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM0.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
We will email you as soon as possible as the product is available again
Adam dipelihara oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya berhijrah ke Abu Dhabi untuk bekerja. Selepas neneknya meninggal, Adam dipelihara oleh bapa saudaranya, Fauzi yang sedang menunggu keputusan SPM dan sepatutnya menguruskan kemasukkan Adam ke sekolah asrama penuh. Fauzi menukar rancangan dengan memasukkan Adam ke rumah anak yatim kerana Fauzi mahu membolot semua wang perbelanjaan bulanan kiriman Ahmad kerana ingin memikat hati gadis pujaannya, Paris Lipton. Adam bertuah kerana asrama anak yatim ada mengajar pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran mekanik, memasak dan menghafaz Al-Quran.
Setelah Fauzi tamat belajar di pusat pengajian tinggi, Fauzi telah membuka bengkel membaiki motosikal dan mengambil semula Adam pulang ke kampung. Fauzi mengambil kesempatan dengan memberikan Adam separuh daripada gaji pekerja di bengkelnya.
Pengalaman pahit Adam dalam bidang pembaikan motosikal telah menyebabkan Adam memilih jurusan seni kulinari di universiti kerana dia juga berminat dengan bidang ini. Adam berjaya menjadi pelajar terbaik dan bekerja sebagai chef di hotel lima bintang. Dalam masa yang sama, Ahmad memberitahu Adam yang dia mahu pulang ke Malaysia dan tinggal di sini untuk selamanya. Ahmad juga telah menghadiahkan Adam sebuah restoran.