{"product_id":"komik-m-ragam-orang-kita-2022-9789674816568","title":"KOMIK-M: RAGAM ORANG KITA (2022)","description":"\u003cp\u003e“Kartunis Deen menggarap isu-isu setempat dan global yang rencam sifatnya menerusi kaedah kontras dan perbandingan, merentasi tema-tema sosiopolitik, ekonomi, budaya dan hal ehwal persekitaran. Ragam Orang Kita menyentuh subjek-subjek dalam kehidupan hari ini, seperti pencemaran alam, politik wang dan lompat parti, rasuah, pandemik Covid-19, konflik Israel-Palestin, masalah pelarian dan kemanusiaan.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eSebagai jurnalis visual, Deen memaparkan sikap dan sifat masyarakat dalam realiti kehidupan hari ini untuk kita renungi dan hayati.”\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e- Prof. Dr. Muliyadi bin Mahamood\u003cbr\u003e\nPhD. in Cartoon Studies, University of Kent, United Kingdom (1997)\u003cbr\u003e\nPenerima Anugerah Akademik Negara (2012)\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e“Salam hormat buat saya punya ‘Grand Master, Sifu Deen’.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eLukisan-lukisan beliau menjadi guru dan penanda aras betapa jauhnya lagi saya dalam mengejar kesempurnaan berkarya.”\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e- ALLAHYARHAM KARTUNIS AIE\u003cbr\u003e\nAbe, Blues Untuk Aku, Aku Hidup Dalam Blues\u003cbr\u003e\nAku Dan Sesuatu, Bear \u0026amp; Bob\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e“Deen, seorang kartunis yang sangat mahir bermain dengan pen dan dakwat. Karya-karya beliau padat dengan sentuhan yang di luar kotak pemikiran. Ketelitian beliau dalam melakar dan menggarap idea sering menampakkan perbezaan dengan kartunis-kartunis lain. Tidak hairan, Deen dianggap sifu oleh kartunis-kartunis yang lahir di era 90-an dan 2000-an.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eRagam Orang Kita bukan buku himpunan kartun biasa-biasa, tetapi lebih kepada karya seni bertaraf masterpiece. Buku ini pastinya menjadi rujukan penting kepada generasi muda, khususnya para pelajar yang meminati ataupun mengambil jurusan seni.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eSememangnya Deen dilahirkan sebagai seorang SIFU!”\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e- KARTUNIS JURAGAN\u003cbr\u003e\nPresiden Kelab Kartunis Malaysia\u003cbr\u003e\nPengasas Rumah Kartun \u0026amp; Komik Malaysia\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e“Deen adalah kartunis idola aku sejak tahun 80-an, bermula dari zaman kegemilangannya menghasilkan sampul hadiah dan kad raya lagi. Sentuhan karya kartunnya memang lain daripada yang lain, malah setanding dengan tahap pelukis-pelukis kartun antarabangsa.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAku memang peminat nombor satu kartun Deen. Beliau juga antara yang membuatkan aku terjun dalam dunia kartun ini. Lu memang terbaik, Brader Deen. Itu saja nak cakap. Kasi pecah!\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e- KARTUNIS SUKUN\u003cbr\u003e\nWorkshop (Cupin \u0026amp; Dicky)\u003cbr\u003e\nSukun Jangan Tak Mandi\u003c\/p\u003e","brand":"KOMIK-M","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42979089481894,"sku":"9789674816568","price":25.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/9789674816568.jpg?v=1656110224","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/komik-m-ragam-orang-kita-2022-9789674816568","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}