{"product_id":"fadhilat-surah-al-fatihah-9789675218422","title":"Rahsia Dan Fadhilat Surah Al-Fatihah","description":"\u003cp\u003eSurah al-Fatihah mengandungi pelbagai macam maksud dan panduan yang mesti difahami oleh setiap Muslim. Dengan tujuan ini surah ini memang sesuai diletakkan sebagai Ummul Kitab, pembuka bagi kitab suci al-Quran. Orang yang membaca al-Fatihah akan mendapatkan balasan pahala yang besar di sisi Allah. Terlebih lagi jika ia membacanya dengan ikhlas dan mendalami maknanya.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eAl-Fatihah, ia disebut dengan cahaya, kerana di dalamnya terdapat petunjuk bagi seorang Muslim dalam semua urusannya. Jika kita mengkaji al-Fatihah secara teliti, maka kita akan mendapat banyak faedah dan petunjuk. Al-Fatihah juga disebut as-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat. Selain itu, al-Fatihah disebut juga asy-Syifa'. Berdasarkan hadis riwayat ad-Darimi dari Abu Sa'id;\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e\"Fatihatul Kitab itu merupakan syifa' (penyembuh) dari setiap racun.\"\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eJadi sama-samalah kita memperbanyakkan membaca al-Fatihah di setiap masa baik masa senang mahupun masa susah, baik masa lapang mahupun masa sibuk, baik masa berehat mahupun masa bekerja. Bacalah al-Fatihah dan sedekahlah pada ahli keluarga terutama kedua ibu bapa kita, ianya tidak mengurangkan pahala kita, malah memberi manfaat kepada mereka dengan bacaan yang kita sedekahkan kepada mereka.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eDemikian antara fadhilat dan hikmat surah al-Fatihah, di samping lain-lainnya yang bagaikan seluas samudera. Buku ini menghuraikan sebahagian sahaja daripada yang terpendam di dalam samudera al-Fatihah. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna untuk panduan hidup kita semua.\u003c\/p\u003e","brand":"Kualiti Books","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":42977229865126,"sku":"9789675218422","price":7.2,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0443\/8471\/4918\/products\/rahsia-dan-fadhilat-surah-al-fatihah-9789675218422-18434549350549.jpg?v=1656101701","url":"https:\/\/bookxcess.myshopify.com\/products\/fadhilat-surah-al-fatihah-9789675218422","provider":"Staging Site ","version":"1.0","type":"link"}