10 Sebab Doa Terhijab
BX Price:
RM6.00 MYRRRP: RM8.00 MYR
Savings: RM2.00 MYR (25%)
We will email you as soon as possible as the product is available again
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM80.00 MYR
SGD 9.99 Flat Rate Shipping To Singapore RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM0.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
FREE SHIPPING within Peninsular Malaysia with minimum purchase of RM10.00 MYR
RRP: RM8.00 MYR
Savings: RM2.00 MYR (25%)
We will email you as soon as possible as the product is available again
10 SEBAB DOA TERHIJAB
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabial dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaku. Maka hendaklah mereka beriman kepadaku, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik."
Ramai manusia mengeluh bahawa doanya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba. Timbul pertanyaan di dalam hatinya: Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.
Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak, terletak pada diri sendiri.
Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu disertai dengan hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya di mulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain.
jiwa tidak khusyuk menghadap Allah SWT.
Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai."
Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah SAW supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap Allah SWT.